Monday 18 July 2011

Rajin sembahyang? Somborono time

Rajin solat sampai waktu yang diharamkan bersolat pun korang bantai jer,. perrgh. Korang bayangkan korang makan masa tidur,. jadi tak,. konpom mati tercekik punya, baik korang suroh kawan korang cekik korang masa tengah tengok wayang ke, atau masa tengah nak punch card ke,. lagi berbaloi.hahaha

meh nak bagi muka ckit kt mike yang rajin tahap cipan bersolat tak tentu masa ni.

Waktu-waktu  yang DILARANG sembahyang.

Maksud dilarang solat ialah larangan memunaikan solat-solat sunat. Bagi solat fardu tidak dilarang, dan ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Waktu tersebut ialah
  1. Selepas solat subuh hingga terbit matahari;
  2. Semasa naik matahari hingga segalah, atau sekadar tujuh hasta tingginya;
  3. Waktu rembang (tengah hari laa tu)
  4. Selepas solat Asar hingga terbenam matahari.



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Tidak ada sembahyang (solat sunat) selepas solat Asar sehingga terbenam matahari, dan tidak ada solat selepas solat (Subuh) sehingga terbit matahari."

                                                                                     (Riwayat Bukhari dan Muslim)



      Jelas waktu terlarang untuk bersolat sunat ialah selepas solat Asar dan selepas solat Subuh. Didalam hadith yang lain disebut dengan lebih terperinci lagi iaitu ditambah waktu rembang dan semasa matahari sedang naik.
      Terdapat pelbagai pendapat ulama tentang hukum melakukan solat sunat pada waktu terlarang ini. Ada yang mengatakan larangan itu sebagai makruh dan ada pula yang mengatakan ianya haram. Dalam mazhab As-Shafie, melakukan solat sunat pada waktu-waktu terlarang itu hukumnya haram dan tidak sah.

Crite hak detail ckit,..


        Solat sunat yang dilarang tu ialah solat sunat YANG TIDAK MEMPUNYAI APA-APA SEBAB, seperti SOLAT SUNAT MUTLAK dan TASBIH. Bagi solat sunat yang ada SEBAB pulak ada dua jenis iaitu:





KESATU,.. (Pertama)

,..Sebab yang terdahulu. Contohnya ialah solat sunat wuduk dan sunat gerhana matahari, dimana kita kerjakan solat ini sesudah mengambil wuduk dan solat sunat gerhana matahari pula setelah berlaku gerhana matahari, dan lain-lain yang serupa situasinya seperti solat sunat jenazah, solat qada', mengulang solat yang tidak sempurna, solat kerana nazar dan sebagainya. Solat sunat seperti ini TIDAK DILARANG atau TIDAK HARAM melakukannya dan hukumnya sah!!!



KEDUA,..(Kedua laaa)

,...Sebab terkemudian. Contohnya solat sunat musafir, ihram, istikharah dan sebagainya. Solat ini dilakukan sebelum melakukan perkara atau ibadat tersebut. Maksudnya, korang belum musafir atau niat ihram, dengan sebab itu ia dikatakan solat sunat yang sebabnya terkemudian. Solat sunat seperti ini hukumnya haram dilakukan pada waktu-waktu yang dilarang dan tidak sah jika dikerjakan.
      Bagaimanapun, larangan ini dikecualikan di TANAH HARAM MAKKAH. Maksudnya jika kita berada di Makkah (dalam kawasan Tanah Haram), sama ada di masjid al-Haram atau di tempat lain, tidak dilarang mengerjakan apa sahaja solat sunat dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
      Satu lagi pengecualian ialah pada waktu REMBANG HARI JUMAAT. Waktu tengah hari dimana matahari berada betul-betul tegak di tengah langit atau beberapa minit sahaja sebelum gelincir matahari dan masuk waktu Zohor. Dalam hadith disebut bahawa larangan solat sunat pada waktu rembang, tetapi dikecualikan pada hari Jumaat. Jadi, bolehlaa kita lakukan solat sunat pada waktu tersebut walaupun tidak berada di Makkah.


APASAL KENA LARANG??

      Menurut hadith yang dikutip oleh Imam Muslim dan Imam Ahmad yang diriwayatkan oleh Amru bin Abasah, bahawa larangan mengerjakan solat SELEPAS SUBUH hingga terbit matahari kerana matahari naik di celah dua tanduk syaitan dan pada waktu itulah orang-orang kafir menyembah matahari atau menyembah syaitan yang telah menyesatkan mereka itu, nyaaa, punn,..(Johan join ,.). Oleh yang demikian, orang islam dilarang melakukan ibadat pada ketika itu kerana ia adalah waktu ibadat orang kafir.
      Demikian juga kita dilarang melakukan solat sunat selepas solat Asar atau pada masa matahari sedang turun, kerana semasa ia turun dan terbenam, ia terbenam  dan hilang di celah tanduk syaitan. Seterusnya pada masa inilah orang kafir melakukan ibadat menyembah matahari dan sekali gus menyembah syaitan. Dengan sebab itulah maka orang islam dilarang melakukan solat sunat pada waktu tersebut, lagi kerana WAKTU ITU IALAH WAKTU IBADAT ORANG  KAFIR.
      Waktu rembang pula ialah waktu dinyalakan neraka Jahannam. Waktu itulah paling panas pada siang hari. Dengan sebab itulah kita dilarang melakukan solat pada waktu tersebut melainkan hari Jumaat. Dalam banyak, sebab-sebab ini kita tidak dapat tahu dengan ilmu Aqli yang kita pelajari,( ilmu akal ), tetapi kita akan tahu melalui ilmu Naqli, sama ada yang disebut dalam Al-Quran atau disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.
budak kecik ni pun tanya korang,. (dia tanya kameraman sebenarnya, sibok dok amek gambaq, abang ni x solat ker?)

,.turun solat sebab NAK JAGA AIR MUKA,. takut orang lain kata korang tak solat, sedang kelapangan ada, xnak pula pergi. Macam kt general 2,3,5 dan mana2 yang lapang sedang masa solat hampir, turunlaa, tinggalkan mat dan minah kapiaq bwat kes. YESS,. korang tinggalkan diaorang,. TAPI apasal g HUNG HUNG? Banganggg..!

4 comments:

  1. bangang punya si bangang..saja nak samakn hidup dgn kafir

    ReplyDelete
  2. hai bangaang yang bengong,

    di padah kafir,. ssh,.
    di padah muslim pn ssh

    ReplyDelete
  3. pegi hung2 pandai cari cover~ pegi solat?
    pikiaq la sendiri...

    ReplyDelete