Tuesday 27 September 2011

Nak Tau Apa Rahsianya?


         "why i never walk away,.
              why i play myself this way,.
                  now i see you testing me,.
                      pushes me away,."
 
       Apa cerita cakap omputeh bin Mat Salleh? hahaha,.inilah lagu dol,. lagu yang aku dok dengar sambil online sebab lama da tak online,. merangkap lagu kegemaran aku masa kecik sambil sedut bantal busuk dan isap susu botol,. ooops,. nak kata masa sekolah menengah tu masih hingusan dan baru kenal dunia kan?? Yelah masa tu tengah top Taman Negara Linkin kan,..mmmmm kan??,. (linkin park ,. dooooll).jadi inilaa lagu all time favourite  dari linkin yang aku minat la kiranya,.tambahan lirik cengkam hati tahap parah leleh,. konpomm terpaut...

        Lama tak update,. malas nak parai (parai = mati/mamposs dalam bahasa german atau russi bagi orang Malaya). Apa buat? cuti raya tak lama,. kerja jadi hamba hospital dan hamba punch card,. bhabhabha,. teringat pula lawak kami semasa makan di PERKIP hospital pukul 10 pagi tadi,.



Lembaga A  :  Eh,. hari tu dengar apek  MLM menyalak,. dia kata turun kerja sembah punch card, balik keja sembah punch card,. gaji tak cukup, tak da masa,. bla bla,. mengarut,. Lepas tu tunjuk diaorg ada kreta besar  dan laju nak mampos buat bajak sawah, rumah macam dewan/ balai raya, main golf hari hari, duduk rumah sikat bulu jeer,. duit masuk,. relax,. kaya. haha ,. siap cakap "nak tau apa rahsianya?",..dooh betool
 
Lembaga B  :  erm (lembaga B mengiyakan saja kerana terlalu lapar dan malas nak layan kot/Lembaga B adalah najis MLM kot ?)
 
Lembaga A  :  Setakat Mazda RX-8,.. loan 9 tahun tanpa bayar muka,.setakat beli rumah pun loan bank 20 tahun,  motosikal HONDA WAVE R 110(K) loan 3 tahun dan bayar muka hanya 90 sen je,.cam haram,.,..
 
Lembaga B  :  erm (lembaga B sekali lagi kononnya menunjukkan minat)
 
Lembaga A  :  Aku ada Rumah,. Ada perlindungan Insurans,. Ada Motosikal HONDA WAVE RS110(E) loan 6 bulan je dan bayar muka RM 1800 (sebab malas nak kluar ASB,. kluar duit dalam bank simpanan no 3.) Ada ramai kawan yang relax dan tak ada rasa nak pukul aku.. Xperia X12,. cash. Nikon P100,. cash, cerita 24,.season 1 hingga 7,. cash. racun nyamuk cash,. mee kolok cash,. horlick pun cash,. Entiti MLM tu ada ka? tergelak nak mampos + bangga tak sudah.
 
Lembaga B  :  Cuba ko cakap kat sidak balit(sidak= mereka,. dalam bahasa jepoon orang Malaya),."tau tak apa rahsianya?"
 
Lembaga A  :  erm,. (mendengar dengan penuh minat,. bukan seperti Lembaga B)
 
Lembaga B  :  Punch Card,..
 
Lembaga A  :  bhabhabhaha,. ( air horlick yang dipesan pun telah sampai,. manakala mee kolok  yang dibeli CASH tapi bayar kemudian,. akan tiba 2 jam kemudiannya). 


       Moral :  sungguh ekk diaorang MLM/SP ada duit? (kuli-kuli laa,. taukey, taucu, taupan kat atas tu tak payah cakap,. konpom kaya hasil kencing batu dan berdarah mereka, nya pun)

       Apapun,. update  terbaru gue ,. nantinya dalam post yang akan datang dalam bentuk gambar berwarna