Sunday 3 June 2012

Senyap...

" ..i not gonna lie to you, but i can't even tell the truth either.. ".

petikan dari sebuah filem aksi XXXXXX , dengan adanya babak jiwang sekerat dua sekangkang lalat.

Saja,. tambahan perisa dalam pengenalan sebab tak reti nk tulis apa da sebab lama dah tak siarkan berita terbaru,.(post)... atas alasan tiada masa, terlalu sibuk, jadual kerja tak menentu, dan lain-lain. Tetapi ketahuilah bahawa semua itu hanyalah alasan semata-mata. Keinginan untuk menaip dan menyiarkan post  asyik tergendala akibat kemalasan dan beberapa gangguan dari makhluk yang kasar hingga ke yang halus,. bhabhabha,.  gangguan jiwa, emosi tak stabil kononnya. dan gangguan aktiviti yang memerlukan saya menjadi malas untuk menaip.

2012,. dan Jun sekarang. Ringkasannya

* 90/80 FDR Honda 110
* Cuti KL, Langkawi, Kedah
* Budget ninja Costume
* Ensiklopedia Solat
* Acer Aspire 5750
* Casio Edifice EFA 301
* Raleigh Nomad
* The Way Of Love

Alhamdulillah yang terbaru saya membeli (terbeli) Acer 5750 i7 2.0 ghz, tercapai hajat bukan kerana dapat memiliki i7 tetapi kerana dapat menggantikan acer aspire one A0751 yang sungguh tidak mampu menampung beban pemprosesan gambar dan permainan yang semudah Plant vs Zombie. Bayangkan sahaya games Zombie tu pun dia sangkut-sangkut. Ingatkan nak beli i5 pun lebih dari cukup,. Alhamdulillah rezeki Allah, lepas tu siap nak lepaskan gian bermain Flight Simulator n Hawx, maka kayuria (joystick) Logitech Attack 3 ditambah bagi meningkatkan lagi suasana sebenar simulasi kapal terbang.