Sunday 29 May 2011

Inkues kelajuan SSD,.

Nak Laju? Yang ini baru laju ,. SSD ,. Solid State Disk 

    SSD sebenarnya teknologi lama cuma aplikasi adalah dalam bentuk yang baru. Pernah dengar tentang EPROM,.Flash ROM,. geng dia laa tu,.EPROM digunakan pada motherboard PC untuk BIOS,. sama juga mcm Flash ROM,. ROM,Read Only Memory,. tetapi bila boleh di Flash,. maksudnya boleh di Write jg laa,.

    cuma saiz EPROM / Flash ROM dulu kecik saja,. dalam 128kb ke 512kb. Aplikasi dalam SSD,. menyusun atur Flash ROM dalam satu papan litar untuk mendapat kapasiti tertentu, menggantikan mechanism type HDD:-
      
    a) tiada bahagian bergerak,.( tak perlukan motor untuk menggerakkan piring data, memandangkan hanya terdiri daripada susunan Flash ROM)
    b) kurang pengunaan elektrik (jimat2,. xplu makan mee sedap lagi tengah hari)
    c) kurang panas ( sehingga 75% ukuran kasar daripada kepanasan menggunakan jenis mekanisma piring)
    d) Bila tiada keperluan untuk putaran piring data ke tahap maksimum sebelum data mula dibaca., maka pembacaan data boleh berlaku seawal mungkin setelah arahan diberikan.. sedang jenis mekanisma piring memerlukan piring (Diska/ disc) diputar pada kelajuan tertentu dan malar sebelum boleh dibaca,. dimana memerlukan beberapa ketika, melainkan terdapat buffer yakni simpanan sementara, itupun kecil. Buffer  juga dengan kata lain adalah pengantara yang sentiasa bersedia, tetapi terhad (juga mmg sejenis Flash ROM, cuma kecil,.2MB hingga 16 MB,. untuk simpanan sementara sebelum dibaca, agar sistem tidak perlu mengakses piring data, bagi tujuan mempercepatkan sistem HDD tersebut) . SSD pula? tak perlu pengantara. Hebat tak?

   Tak cukup hebat? Saya dah test,. Intel SSD 25-M G2,. 80GB,. mmg seronok,. Laju,. akses windows dari  Bootup hingga tamat loading aplikasi startup  dalam masa 1 minit dan 10 saat. ( lambat? untuk pengetahuan, saya guna Acer Aspire one A0751= intel Atom Z520 1.3Ghz 533mhz FSB dan 512kb cache jer). HDD asal perlukan  dekat 3 minit untuk habis loading bootup sehingga habis kepada aplikasi startup
  Mula-mula ja leceh, nak tukar ke SSD ,saya kena guna migrate data guna perisian dari Intel juga. nak salin HDD lama ke SSD baru pun memakan masa dekat setengah hari. Tapi takpa,. hasil berbaloi

   Harga? Saya sarankan ambik jenama Intel,. harga RM450.00 untuk 80GB,. terdapat juga sub-model,. maksudnya 50nm dan 34nm (jenis ROM yang diguna dari segi saiz)34nm adalah yang terbaru,. dan akan datang ke Malaysia , 25nm  yang mempunyai kapasiti sehingga mencecah 500GB-600GB ,. kalau tak silap.

sebenarnya nak post ngan gambar sekali,. gambar tengah migrate data n semasa beraksi,. tapi x bawa pulak kad memori kamera P 100 nikon, kerja hari ini ,. dewan bedah kononnya,. tapi belum dipanggil lagi untuk naik. jadi sekarang nga layan internet sambil layan Tamil Movie,. "gaduh,.. gaduh,..", kata hati yang kononnya juga paham bahasa Tamil  , (yeelaaa tga tengok part gadooh sekarang),. wakakaakakaka.

Saturday 21 May 2011

Baru dan Baruu,.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,.

         Buat pembaca dan yang terbaca (ter'Klik' dan cuba2 'klik'),. tak reti pun nak berblog sangat, apapun tidak juga saja-saja buat blog ni. Dah lama terniat tapi kesibukan kerja dan himpunan masalah peribadi mahupun luaran yang perlu dihadapi melambatkan proses pembuatan blog, (walaupun proses pendaftaran tidaklah mengambil masa yang panjang  sehingga 15 minit pun,..). 


        "Hendak seribu daya,..
                   Tak hendak seribu dalih"

       Alhamdulillah atas usaha dan gerakan saya sendiri juga paksaan dari rakan blog Menusuk Hati, terjerumuslah saya akhirnya ke kancah blogging. InsyAllah kandungannya akan cuba dipergiatkan dalam masa terdekat, memandangkan saya masih lagi dalam usaha menyelidik blog ini,. agar headlines dan isi kandungan tersusun kemas.

       10:16 am,. dan belum minum pagi lagi, teruja dengan blog baru sebab itu sempat mandi sahaja
.