Tuesday, 5 July 2011

Bengang,.bengang,. bengang,.. X (6.02 x 10^23)

korang da tidoo semua,.? sememangnya yang terbaca semasa post ini diterbitkan, konpom belum tidoo,. cita aku kali ni,. aku bengang,. BENGANG doooooo,.!!!,. semalam bengang, hari ni bengang,. bengang dengan kawan, bengang dengan diri sendiri, bengang dengan moto yang habis minyak,. bengang tolak moto tengah jam sambil di tertawakan oleh mat kereta dan mat moto yang berbaris tengah JAM.. bengang datang lambat,. bengang kena mintak tolong kawan tolong punch card,. bengang kawan punch pukul 8:08 pagi,. bengang kunci moto hilang,. kunci locker hilang,. bengang tersolat asar 5 minit awal,. bengang salah tengok jam sebelum nk solat asar,.bengang broadband da slow,. paling bengang ialah BENGANG KERANA TENGAH BENGANG,.

dah,. dahhh,.. itu cita bengang,. ni bwat korang yang terbaca, sengaja baca, terpaksa baca, dan cuba-cuba baca blog dan post kali ini,. sebelum korang tido,. korang buat apa? tengok gambar awek sampai terleleh air lioq? bermesej lucah ngn awek sambil peluk bantal,.?? giilooo laa korang klu mcm tu,. bek hisabb amalan seharian korang, lagi berfaedah,..

ADAB TIDUR,.

            Firman Allah bermaksud: "Dan kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian daripada kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya." 
                                                                                                        (al Qashash : 73)

waktu malam memang dah dikhususkan untuk tido dengan tujuan merehatkan badan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa adab yang boleh diamalkan bagi memastikan tido kita mendapat pahala dan dalam keadaan terpelihara oleh rahmat Allah:-

  1. Jangan tido sebelum solat Isya'  terlebih dahulu dan jangan melambat-lambatkan tido setelah menunaikannya, melainkan oleh kerana ada perbincangan yang penting, tetamu, atau bermesra dengan keluarga. Selain memudaratkan kesihatan badan, amalan melambatkan tido juga boleh menjejaskan prestasi diri kita pada keesokan harinya seperti tido sewaktu kerja, malas kerja, rasa kerap nak hung-hung,(tanya budak SGH klu x tau),. kemungkinan juga rasa nk mengamuk tahap Ablasa  kalu kerja byk sgt (contohnya pesakit yang perlu dilayan mencecah seribu orang sehari,. bapak tanggal lutut,.)
  2. Mengambil Wudhu' sebelum tido untuk memastikan diri sentiasa dalam keadaan suci
  3. Tidurlah dengan keadaan berbaring di atas lambung (rusuk) sebelah kanan  dan meletakkan pipi kanan di atas bantal. Tidak mengapa sekiranya berubah kedudukan dengan mengiring ke sebelah kiri kemudiannya
  4. Elakkan daripada tidur menelangkup atau meniarapkan badan ke bawah kerana tidur sedemikian adalah dibenci Allah
  5. Menbaca zikir-zikir seperti bertasbih (subahanAllah), bertahmid (alhamduLillah), dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali sebelum melelapkan mata
  6. Sekiranya tersedar ketika tido, digalakkan berdoa kerana menurut Rasulullah s.a.w. ia merupakan waktu yang paling baik untuk doa diperkenankan.
Selain itu, terdapat banyak doa serta zikit yang baik boleh diamalkan mengiringi waktu banguin tido kita menjelang Subuh .

dah aku plak yang ngantok skrg,naseeb baek takdaq kes OT malam ni,. kalu tak, tido atas troli pesakit laaa gayanya , ni pun tido kat AE sambil memerhati 3 kelibat bertempiaran dan berkeliaran, mundar mandir, lantaran trauma dan lagak cemas rakyat kuching yang datang bertandang di jabatan kecemasan malam ini,. sama laa kita beramal dan sama laa kita beringat juga saling mengingati..

2 comments:

  1. tdo kat a&e elok2 bro.. tdo atas kosi malas mr sim tu boleh 'kram' lumbar spine~

    ReplyDelete
  2. @budoxx: 5 tahun lgi klu berterusan tdo kt kosi malas tu,. konpom jahanam cervical aq.

    @menusuk: dah bos panggil aq td,. nya rotan aq kt palak makey CPU rah bilit nya tek. Nya mdh mun nya dapat laporan aq paksa ko gik, nya suroh aq bersih mesin fluoro selama setengah hari sambil aq di shoot n fluoro tanpa aq sedari,. cit!!,. haha

    ReplyDelete