Ketika kita diberi kesempatan untuk mencegah sesuatu perkara, apa yang telah korang buat? Mencegah perkara mungkar memang diiringi dengan halangan,. tidak satu tetapi mungkin lebih. Ketika mana cabaran dalam usaha mencegah datang, kita mula teragak-agak, mula goyah. mungkin cukup sekadar herdikan dan tohmahan orang yang merencatkan pendirian kita.
Sebagai contoh, dalam 20 juta orang Malaysia, terdapat lebih kurang 5 juta orang yang merokok,... errr,. ehh tukarlaa,. 15 juta orang yang suka membuang sampah merata-rata tempat. Kita dengan kelebihan, kesempurnaan anggota badan merasa terpanggil untuk mengutip sampah ,. mungkin sehelai sampul gula batu di tepi jalan. Perbuatan kita tadi diperhatikan dan dinilai dengan berhemahnya oleh orang yang berada disekeliling., tatkala berkata, "engko sorang kutip, tapi ada 100 yang menyepahkan,. bilakan masanya untuk menghabiskan yang sedia ada?", dengan kata lain, usaha korang tu dianggap sebagai SIA-SIA sahaja oleh ahli pemikir yang terlampau bijak sehingga malas nak bertindak. Kata pepatah, "sedikit, lamanya membukit,. (dipendekkan)". begitu juga usaha yang sedikit tetap akan membuahkan hasil,. usaha yang ada akan mempengaruhi orang lain untuk turut sama,. dan begitu juga sebaliknya sekitanya dibiarkan sahaja,. maka akan membukitnya sampah tersebut. Ini saja bagi contoh sampah,. malas nak cakap tentang perkara MAZMUMAH yang lain. Korang turun je pasar ke, shopping komplek ke,. konpom jumpa nya.
Dahulunya, ketika Nabi Ibrahim dibakar, burung-burung yang berterbangan juga menyaksikan peristiwa tersebut. Ada seekor burung pipit yang berasa kasihan melihat baginda yang dibakar hidup-hidup itu. Burung pipit itu mahu menolong Nabi Ibrahim.
Burung pipit itu terbang mencari air. Ia menyedut dan menyimpan air tersebut di dalam paruhnya yang kecil itu. Burung-burung lain kehairanan melihat perlakuan burung pipit.
"Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?" tanya burung-burung yang lain.
"Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim," jawab burung pipit.
"Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil. Sia-sia saja usaha kamu itu," kata burung lain pula.
(si burung diherdik dan ditertawakan oleh burung lain atas perbuatannya yang dianggap sia-sia)
Walau bagaimanapun, burung pipit tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah, api yang marak itu semakin berkurangan.
Logiknya perkara ini tidak sia-sia kerana usaha yang bersungguh-sungguh tetap akan membuahkan hasil, kerana kita bukannya berdepan dengan perkara yang mustahil,.
Yang dikhuatiri nanti,.Allah tidak akan bertanya kepada kita,"Adakah engkau telah memadamkan api tersebut?",. tetapi Allah akan bertanya,"Apakah yang telah engkau lakukan untuk memadamkan api tersebut,. apa yang telah kamu usahakan?"
Sekecil-kecil usaha sekalipun, Allah tetap pandang. Memang kita perlu berfikir kehadapan bahawa usaha yang sedikit tidak mampu memberikan hasil yang lumayan, atau kemungkinan tidak mendapat buahnya, tetapi niat yang baik dan usaha yang kelihatan kecil di mata orang lain, khuatirilah apa yang korang takut-takut dan ragu-ragu hendak usahakan.. tengok ajelaa di Jabatan tempat korang bekerja,. BANYAK KAN???
(Macam aku ni juga yang kadang-kadang lemah melaksana, takut cabaran ,takut tersisih, dan lain-lain,.. harap kita sama berada dalam rahmat dan perlindungan Allah)
post yang menrik wahai en nazrey~
ReplyDelete