Tuesday, 30 August 2011

Selamat Hari Raya 2011

       Selamat Hari Raya 2011,. sekali lagi,. Raya? hurrrm aku tak rasa apa sangat pun,. Bosan kerana kawan-kawan balik kampung semuanya. Ada sahaja yang ajak berjalan raya tetapi maleh laa,. not in a raya spirit,. masih sedih atas segala yang berlaku, mengade kan??  Banyak sedih laaa.. pagi raya sedih,. tengah khutbah sedih, tak ada rasa nak gila-gila bersiap untuk raya. Rasanya seperti kekurangan,.

       Kesedihan ini mungkin peribadi juga kebimbangan akan islam sekarang. Kalau nak diceritakan kebimbangan ini bukan dari pihak aku sahaja, malah dalam khutbah pagi raya pun turut dimuatkan, mau tak aku bimbang, dah laa sedia bimbang. Tambahan lagi kes murtad yang semakin berleluasa, tuntutan murtad dan seangkatannya turut dibentangkan dalam khutbah raya. Kalau dalam khutbah raya pun da siap cakap pasal benda ni, bermaksud di tahap kritikal jugalah ia sekarang. 

      Mulai itu, aku membandingkan apa yang ada di Malaysia dengan apa yang berlaku di luar sana. Yang paling menyedihkan sehingga menitis air mata aku di pagi raya akan khutbah tersebut ialah kemurtadan yang berlaku,. apakah mereka tidak cukup bahagia dengan islam yang mereka nikmati,.? Kenapa jalan lain mereka cari,.? Hampa betul aku,. terus teringat aku dengan beberapa peristiwa yang aku hadapi mengenai usaha seorang muslim yang ingin murtad,.APA PULA USAHA AKU?? apa yang aku dah lakukan ? apa jawapan aku nanti bila disoal. semakin hiba dan sebak aku,. segera aku mengingatkan diri aku pada kebahagiaan orang disekeliling aku agar aku segera reda dari kesedihan, kononnya,.huhhh.

       Puasa aku? aku masih tak puas hati dengan puasa aku,. sesungguhnya terasa kekurangan, bukan kerana belum berpuasa enam,. tetapi sememangnya puasa aku terasa seperti kurang pengisian, walaupun tidak putusnya puasa dan terawih. Apa yang kurang? Sepuluh terakhir aku menjadi begitu malas berbanding malam 20 sebelumnya. Bangun malam pun cuma beberapa rangkai hari sahaja dalam sepuluh hari tersebut. Aku mula berasa selesa sehingga kemalasan menguasai aku dan disudahi dengan penyesalan pada hari berikutnya. Semoga semua ibadat di bulan Ramadhan kita diterima Allah,. 

       Semoga kita semua bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang,. InsyAllah,.

1 comment:

  1. selamat hari raya aidilfitri~ maaf zahir dan batin~

    ReplyDelete