Tuesday, 30 August 2011

Selamat Hari Raya 2011

       Selamat Hari Raya 2011,. sekali lagi,. Raya? hurrrm aku tak rasa apa sangat pun,. Bosan kerana kawan-kawan balik kampung semuanya. Ada sahaja yang ajak berjalan raya tetapi maleh laa,. not in a raya spirit,. masih sedih atas segala yang berlaku, mengade kan??  Banyak sedih laaa.. pagi raya sedih,. tengah khutbah sedih, tak ada rasa nak gila-gila bersiap untuk raya. Rasanya seperti kekurangan,.

       Kesedihan ini mungkin peribadi juga kebimbangan akan islam sekarang. Kalau nak diceritakan kebimbangan ini bukan dari pihak aku sahaja, malah dalam khutbah pagi raya pun turut dimuatkan, mau tak aku bimbang, dah laa sedia bimbang. Tambahan lagi kes murtad yang semakin berleluasa, tuntutan murtad dan seangkatannya turut dibentangkan dalam khutbah raya. Kalau dalam khutbah raya pun da siap cakap pasal benda ni, bermaksud di tahap kritikal jugalah ia sekarang. 

      Mulai itu, aku membandingkan apa yang ada di Malaysia dengan apa yang berlaku di luar sana. Yang paling menyedihkan sehingga menitis air mata aku di pagi raya akan khutbah tersebut ialah kemurtadan yang berlaku,. apakah mereka tidak cukup bahagia dengan islam yang mereka nikmati,.? Kenapa jalan lain mereka cari,.? Hampa betul aku,. terus teringat aku dengan beberapa peristiwa yang aku hadapi mengenai usaha seorang muslim yang ingin murtad,.APA PULA USAHA AKU?? apa yang aku dah lakukan ? apa jawapan aku nanti bila disoal. semakin hiba dan sebak aku,. segera aku mengingatkan diri aku pada kebahagiaan orang disekeliling aku agar aku segera reda dari kesedihan, kononnya,.huhhh.

       Puasa aku? aku masih tak puas hati dengan puasa aku,. sesungguhnya terasa kekurangan, bukan kerana belum berpuasa enam,. tetapi sememangnya puasa aku terasa seperti kurang pengisian, walaupun tidak putusnya puasa dan terawih. Apa yang kurang? Sepuluh terakhir aku menjadi begitu malas berbanding malam 20 sebelumnya. Bangun malam pun cuma beberapa rangkai hari sahaja dalam sepuluh hari tersebut. Aku mula berasa selesa sehingga kemalasan menguasai aku dan disudahi dengan penyesalan pada hari berikutnya. Semoga semua ibadat di bulan Ramadhan kita diterima Allah,. 

       Semoga kita semua bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang,. InsyAllah,.

Saturday, 20 August 2011

See No Evil,. Only genius Acting wanker

        Apa khabar,.?? err,. bukan korang punya kabar,. puasa korang laa. haha,. Amacam? penuh n terjaga sambil diikuti terawih tanpa henti? Aku pula,. Puasanya n Terawihnya pun masih penuh nya, kan ,. punn. err,. tapi kurang terjaga sebab ramai sangat yang di Jabatan tu bukak mulut,. mengata sana dan sini,. dari xnk dengar jadi ikut dengar,. dari dengar ja,. jd tukang 'IYA' (mengiyakan/ peng-amin,.
eniesyazwani.blogspot.com ,.. pinjam gambar yukk.. nanti i add u ok.
bhabha),. dari tukang amin kepada tukang sampuk skali,. dari tukang sampuk skali hingga kepada Full-Time ngUMpaters,. ciisss,. nak dijauh pula ssh,. Alhamdulillah ada masanya aku berjaya buat-buat tido depan budak-budak Full-Time nih,. buat sibuk,. buat tak dengar, buat lawak,.. hah,. part buat lawak ni,. konpom aku hanyut,. kononnya nk divert-kan perhatian diaorg,. tiba-tiba jadi terlawak sangat hingga terbahak-bahak aku dan rakan full-time  dibuatnya,. cis,. maka berhabisan laaa aku men-topup-kan yang kurang sebelum tibanya waktu berbuka,. Ehem-ehem,. menu berbuka hari ini,.. kaset AE dan alkohol swab,. kerja PM la plak hari nih,. hihi,. nih awal sangat bincang tentang berbuka sebab tak bersahur punya pasal,.waaaa.,


      Berbalik kepada tajuk yang mungkin isinya kurang setengah dari isi pengenalan td,. sbb bulan puasa ni cuma layak meneguk ja,. nak kritik lebih-lebih takut dapat 'lapar dan dahaga' ja nanti yuk,.. Hayati dialog ini:


Cik A           :   Ambil pressure gauze,. (sambil menekan/\compress arteri femoral pesakit dan bladder pesakit)

Lembaga B  :   Oh iyakan , guna pressure gauze ja untuk tekan bladder dia,. err,. mana pressure gauze?

Cik A           :   Laa,. ambil gauze dan plaster,. lekat atas bladder pesakit la,.


melalui dialog ini, apa yang korang dapat? Jawapannya,. Lembaga B ni bodoh sombong,. benda tu sebenarnya dia tak tau pun,. sedangkan gauze dan plaster  tu depan dia ja,. cuma nak gabungkan ja. Siap cakap ,. "ya betul,. guna pressure gauze'" meng-iyakan penyataan Cik A,. rupanya Lembaga tadi cuma tahu bagaimana menggali kubur sendiri dan menimbus diri sendiri dalam kubur tuhh,. bhabha,.  


       Sebenarnya Lembaga B mungkin memang tidak tahu, dan gemar dirinya dilihat sebagai seorang yang memiliki phD dalam ilmu alam semesta tahap infiniti (cikgu aku cakap dulu , infinity  dalam bahasa melayu ni adalah 'ketidakterhinggaan',. semasa dia mengajar matematik tambahan tingkatan 4,.dia cerita maksud 'E' dalam calculator tuh bermaksud samada  error  atau infinity,.).  Keduanya, Lembaga B tadi mungkin memang tahu benda alah tu,. tapi oleh sebab dia nak tunjuk concern sangat sampai bising-bising seolah-olah Lembaga B ini adalah doktor dan buat kecoh sana sini sampai benda depan mata pun jadi tak nampak,. Apapun aku yang tak tahu menahu benda alah tu, berdiam sahaja., bukan tidak ingin bertanya,. tetapi Lembaga B yang sangat hinggar dan riuh menyukarkan dan menterhadkan peluang aku untuk bertanya. Di sini aku tak nampak benda yang dicari,. tapi aku nampak kebodohan dan kesombongan seorang Lembaga yang memerlukan bimbingan. Tidak apa, nanti sampai masanya aku akan bimbing ko wahai Lembaga B.


       Moral : Ilmu ada, guna sebaiknya, jangan nk buat lebih-lebih nak tunjuk jebat, handal, hero.   Kedua,. tanya Ayah Pin, konpom sesat jalan,. bhabhabha.  Selamat Bangun Malam,.

Sunday, 14 August 2011

Marikh Mai,.

"Perkhidmatan Xperia 1 selaku telefon tongkat mahupun radix 'mai laa secawenn,.' bakal ditamatkan ", kata jurucakap orang kuat Batu Kawa. 

      Setelah berkhidmat hampir 3 tahun semenjak aku seorang pelajar lagi,(Januari 2009), segala task aku dan browsing  untuk capaian maklumat dari NASA mahupun NAZA motor di lakukan melalui alat canggih, X1. Dari dalam kolej ke luar kolej,. dari Sungai Buloh ke Bandar KL,. dari KL pula ke Melaka juga ke Kedah,. dari dalam bandar hingga masuk hutan,. naik gunung,. siap jumpa orang asli lagi,. banyak gunanya. dari mendengar lagu, alat hiburan si Crusoe dan Robinson nya.. Tolong dek Colombus cari air terjun, hingga menemukan Jamal Pak Tongko dengan rebungnya di hutan FRIM Sungai Buloh melalui sistem canggih angkasa lepas A-GPS dan assisted  ,pre-saved navigation,. mmg aku tabik lu,. wahai Xperia,.

      Beri laluan pula pada tok cucu dan cicit nak melipas,. yelaa,. orang tua kan salu cakap macam tu sebelum masuk hutan,. takut-takut jin marah ke sebab tak mintak kebenaran,. chittttttt,.. ni bukan beri sebarang laluan,. ni laluan kepada depa yang mai dari marikh dan telah dok menetap bumi sejak beberapa tahun lepas. Bahana diorang Android ni membuatkan aku terpanggil,. bukan aku ja, Arnold Swejkijengjenglot pun turut serta dalam Terminator nak memiliki sebuah android. Gemmmppaaakk,. 
     

Apa crita nyer ni,..??



     
Angin baru beb,. angin baru,. jom cuba Android,. aku nak HTC Desire HD,. tapi apakan daya SonyEricsson X12 memikat hati.,. versi sistem 2.3.3,. kapasiti dalam 512MB dan luaran 8GB, dengan Ingatan sementara 768MB rasanya. WiFi b/g/ dan draft N.,..8.1 MP fokus automatik dengan cahaya kelip (flash),. haha,. burok beno bunyinyeer.. dan banyak lagi fungsi canggih yang akan membuatkan En. Nih letak jawatan awal semata-mata untuk mendapatkan pampasan pencen untuk membeli telefon bimbit canggih dari marikh niih,. kemungkinan yang belum pencen pula dan belum cukup syarat nak pencen, belum cukup syarat nak kluarkan duit EPF,. dan tak cukup syarat nak buat pinjaman kerajaan, Along mahupun Ah-Chong (bagi orang cina), akan angkot LCD/CPU/ Server/ Mesin Portable/ laptop/ projektor/ mouse/Kaset dan cakera padat milik Jabatan Rad kita,. keluar,. untuk dijual,. bek modal beli Xperia nih,. Sanggooopp,waaa Caya Luuu
   
   YOU'LL BE MEZMERIZED,.. yang tak best,. kalau tak pandai pakai,. konpom bateri habis tak sampai 5 jam,.  and that's me on my first attemp,. it's like an attemp to shred on XD, don't sure how,. but it does sound loud,. nak sangat cuba pakai,. and u're a winnner with a drawback on the other hand.
     

Wednesday, 3 August 2011

salam ramadhan

       3-ramadhan, masih aku terasa sedih walaupun aku tahu sedih ini sepatutnya sudah lama akan terjadi, sedih ini sepatutnya sudah lama berakhir,. dan sedih ini sepatutnya milik bersama tetapi milik diri hamba keseorangan sehaja,. kenapa di bulan Ramadhan?? iya,.. di bulan Ramadhan segalanya bermula,. tersentak aku dari cubaan aku dalam menggembirakan diri aku selama ini,.(takluk jiran dan penjual waffle bersama abang Yuri, bwat2 lupa pada si dia,. bwat2 x bw hp trn keja, tanam semua kenangan 6 kaki dalam tanah),. gi mana ya sih?  enggak bisa ku lupa.

        Itu yang aku malas online,. malas update, malas segala. Tetapi ini bukan post sedih,cit!!. cuma Ramadhan kali ini yang bermula dengan kesedihan yang banyak dan melampau. Tuan guru Dato' Haron Din pun masuk IJN,..isu-isu dalam negara yang kian rumit,. dan terlepas menonton rancangan EDISI KHAS minggu ini ,. waawawaa. Yang ini tidak sedih sebenarnya, mungkin Allah saja bagi aku tidur, nak bagi aku cuti ketawa kot. Yelaaa bulan puasa katakan. Juga yang bakal menyedihkan aku ialah, kemungkinan bulan ini aku tiidak cukup 30 terawih,. mungkin kerana raya awal,hahaha, tetapi yang pasti aku ditugaskan untuk bekerja di waktu orang lain sedang berjemaah terawih. cis..!! itu konpom sedih, tapi aku cuba untuk balik awal sewaktu kerja menggunakan hikmat cowteam,.kumpulan kerbau mahupun lembu Jamal Pak Tongko,. dan apa jadah yang seangkatan dengannya, (aku pun tak tau betool ke tak), yelaa kawan-kawan cover dari 8.30,. sementara aku memecut sehabis meter kapchai aku dek power  laju menuju jemaah terawih terdekat. Amacam?? ada lain yang nak ikut stail aku tak? sedikit sebanyak dapat menghilangkan kesedihan aku kan,. bhabhabha.

       haaah,. nak turun kerja da. Iya laa, xda masa lain nak post . Masa lain tak ada, sibuk dan lain-lain,. jadi, baru lepas sahur tadi baru tergerak nak menaip.