Tuesday, 10 January 2012

Ahlan Wasahlan 2012,.

Datangnya tak di jemput,. maka jemputan ke tahun 2012 dengan iringan azam,. nazar,.. goal ,.. objektif ..yang lebih baik dari tahun lepas, agar 2011 dapat dilepaskan dengan tenang sambil dihisab segala amalan  dan perbuatan, baik buruk tindak tanduk gerak geri tahun tersebut... agar tidaklah 2011 hilang tanpa jejak.

       Lewat sepuluh hari ya? Memadai selamat dari terlewat sebulan mahupun setengah tahun. Persoalannya kenapa 2012? Tarikh keramat kononnya bumi mahu kiamat, mau percayain?? Baik jangan,. ngapain? kerna mempercayain tokang telek atau nujum itu amalan jahiliah,. Syirik!! Emangnya diterbitkan filim 2012 bagi membohongi dan memperdayain para penonton, khasnya dari kalangan muslim, sambil pihak bukan muslim yang turut mempercayain akan mengakibatkan huru-hara atas kepercayaan mereka, seterusnya menguatkan lagi teori kiamat orang kufur.

       Kayak syurga? tertanya-tanya akan kiamatnya , maka perlulah diperhebatkan lagi persiapan menjelang hari besar kelak. Gimana kalau kayak ibadat? Selamat jawabannya sih,.usah mgomong lebih, ayuh..

       Kenapa berbahasa Indonesia? Saja dan bersahaja sahaja, tidak bermaksud penulis blog telah berhijrah ke indonesia tanpa sebab kukuh,... atau penulis telah menemui gadis pilihan dari nusantara barat,? hingga penulis galak berbahasa indonesia? hahahaha, Gadis Indonesia tidak pandang aku, diaorang pandang Aaron Aziz je. Bosan dan sunyi tanpa tulisan terbaru di dalam blog, maka hadir penulis mencoret font di muka Blogger.com

       Apapun, hadir 2012 dengan alasan masa tidak berhenti, sambil kita kesuntukan masa. Kita ni macam seorang petani, kalau tidak disemai benih, manakan jadinya pokok? betul?,. kalau tidak dituai isi atau buahnya, manakan dapat hasilnya,. betul ke tidak? Yang telah bertahun tahun menuai, apakah ketemu akan hasilnya? Sabar,... Itu jawapannya. Maka untuk meneruskan tahun-tahun menyemai dan bertani agar kemudiannya beroleh hasil yang enak dan penuh nikmat tanpa kerisauan, sifat sabar harus ditanam bersama-sama perjuangan dalam bertani nih,. Mesti ada yang masih tidak faham akan bertani ni kan? Cuba faham dalam konteks kefahaman anda sendiri pun tidak menjadi masalah. Apa yang ditakuti ialah apabila tibanya hari menuai nanti, hasil yang diperoleh tidak banyak dan belum cukup. Entah kesudahannya si penulis ni pun merayap dari berbahasa indonesia, hingga ke hari menuai,..errr persediaan sebelum akhirat. =) .