Tuesday, 1 November 2011

ashabul kahfi ?,..



      Tengok tajuk macam baru bangun dari tidur? tak gitu? Yang sahnya dalam penceritaan kali ni tak adanya geng mamai bangun tidur dari gua, beli barang, tiba-tiba duit takleh pakai lagi,. dasss,. anda di zaman lain sudaaa. Yang adanya sekarang, bangun tidur dan subuh siap-siap, terus berlari awal pagi (kononnya kekalkan kesihatan oleh kerana lama sangat tak berlari sejak sebelum bulan ramadhan), balik mandi,. bagi mandi kucing, berkemas turun ke pasar cari kedai motosikal, sambil menunggang Honda RS(E) 110 aku yang aku rasa gempak bila terpandang, memandang,. atau saja-saja buat terpandang.

       Dah la lama tak post crita kat blog, ke hulu ke hilir, urusan besar bagai, sibuk memanjang,. gitu jadinya,. blog pung tak update,... tido ekk?

       Keluar cari kedai moto tadi,. (sambung cerita setelah merayap entah ke mana cikit tadi), nak pasang penggera keselamatan dan meter Tacho (Tachometer) atau dengan bahasa batu kawah nye,. RPM meter. Baru moto jadi panas semacam,. bawa 20km/sejam pun udah bikin panas mat rempit yang guna modenas 100cc sambil berbekalkan ekzos AHM (bunyi memang kalah guntur, kalau ninja 250 kompom kasi depa yang guna AHM ni lalu dulu,.yelaa ingatkan bunyi gempak macam 251cc kan? up satu cc dari ninja 250), beraksesori budak kaki lumba (Racing Apek,. sebab keaslian Racing Boy nya boleh dipersoalkan), Rim Tayar 'Tungganglah Iya' (Ride It) yang kalau langgar lubang, tang tu jugak dia bengkok dan tak kasi can si pelumba untuk meneruskan Lap seterusnya , dan2 masuk pit. Yelaa baru guna modenas 100 cabuk, cuma tukar rim, tempek piring terbang kat tayar depan, pastu pasang ekzos lubang besar penumbuk, siap kepala kucing aku yang besar boleh masuk,. nak weng sana,. weng sini,. xda kerja. siang malam gitu, entah mana dapat duit buat modified moto ntah, agaknya ekzos bas mana dia sapu, piring brek cikgu matematik sekolah tempat adik dia mengaji kot dia balun.. kalau tak pun,. sebelum berjaya mod moto dia ke tahap gempak ala kadar tu, dia cuma race guna mode stock dengan Honda 50cc 1975 punya model yang tak pernah servis sejak masuk kebun, atau pun Yamaha Super88 yang top speednya cuma 70km/sejam setelah berpeluh memulas throttle minyak. Aku punya? cuma tambah meter RPM dan bagi sticker bagi nampak cantik dan berkualiti jer, takda pun sticker bagi nampak laju, melainkan sticker budak kaki lumba pada Rim. Yelaa kene terima hakikat bahawa Honda RSE 110cc adalah untuk memudahkan perjalanan dan alat mencari rezeki dengan kelajuan santai 85km/sejam, tu pun tak pulas habis sebab sayang moto i.. muaaah. 

       Untuk merayap lebih jauh sebab dah terkeluar tajuk kot,. aku cerita sikit bab mat rempit yang suka berlagak nak mampus kononnya Yamaha Y125Z(R), Modenas 110,Yamaha SSII/SS,LC 135, Honda EX5/110,. Suzuki TZR, RXZ,. dan yang satu trek dengan depa, adalah laju hingga polis traffik angkat dua belah tangan sambil melambai kain putih bila depa speeding depan polis nih. Laju korang tak kemana beb. Korang kene tau korang main kat mana moto tu, body moto korang macam mana,. enjin macam mana.,. aku ringkaskan sedikit la, body moto telah dicipta menggunakan teknologi tinggi berkomputer sambil kepakaran arkitek moto mencipta setiap ceruk bentuk moto, kedudukan enjin dan segalanya, guna matematik, fizik, hukum keseimbangan, guna keperimanusiaan, dan cipta moto tu ikut kegunaan. Datang mat rempit yang berkelulusan Tadika atau tiada pendidikan lansung (pendidikan tahap sifar, sampai nak kira duit lepas menang lawan honda cup 50cc tu pun tak reti, siap kena tipu lagi ,.Note RM 1 = RM1000,. mau tak percaya kalu da zero math),. atau paling tinggi pun ada yang bahalol sampai dapat diploma,. belum jumpa lagi yang ada ijazah laa. diaorang siap adjust moto ikut sedap macam buat milo jer, Kurang laju, bagi laju, . tukar kepala, tukar ekzos,. tukar bagai,. Motosikal 125ZR yang kononnya macam untuk berlumba tu cuma dalam iklan, dan paling ada pun aplikasinya dalam perlumbaan cup prix dimana modifikasinya dilakukan oleh engineer yang bertauliah dan berpengalaman,. kalau tak da pun, diaorang da tau akan risiko perlumbaan dengan jentera macam tu, lagipun tempat berlumba dekat trek, bukan atas jalan awam yang banyak risiko, risiko untuk diri sendiri dan orang lain. Nak hebat sangat, nak berlagak sangat tapi tak kene gaya, tak kene kemampuan,. pun salah juga.

       Boleh pula korang mat rempit bila nampak polis buat-buat nak cabar polis ek? korang ingat diaorang bawak kereta lembu ke apa? ingat diaorang tunggang Vespa ke untuk kejar korang? dey mabuk kaa? Contoh,. kereta paling standart polis ialah Waja 1.6 2002 dengan mengekalkan enjin 4g93 (kalu aku tak silap) dari mitsubushi.. boleh bagi lumat kepala depa mat rempit kononnya berlagak lebih laju dari undang-undang,. approx: 210km/h top. polis pun tak da sebuk nak tangkap korang melainkan ada operasi besar-besaran melibatkan JPJ dan lain-lain. Bapa aku pernah cakap masa dia pegawai bertugas memantau anak buah dia malam tu, dia join kawan dia dari cawangan lain buat rondaan kat kawasan panas untuk mat rempit berangan best. Terserempak pula ngan geng lumba budget diaorang ni pelumba motoGP, melarikan diri ala-ala laju yang waja 1.6 ni tak mampu nak kepong,. dey,. jalan lurus la wei,. jalan bengkok pun kalau driver polis tu da ada special licence untuk drift atau memasak sambil memandu,. korang takkan terlepas. haha,. tapi polis ni da masak dan penat ngan korang beb, diaorang takkan tangkap korang, jangan risau, diaorang cuma acah korang je,. supaya korang akan pergi lebih laju mencecah 160-200km/sejam, masa tu baru korang akan terpikir bahawasanya kestabilan moto korang da tergugat hanya kerana terkena angin laju, mula la rasa bergoyang sana dan sini. Seterusnya depa dalam kereta makan popcorn sambil melihat wayang, sambil mengacah hingga satu silap yang sangat kecik daripada mat rempit sendiri akan menyebabkan kemalangan yang mengerikan,  langgar tiang ke, pembahagi jalan ke, masuk longkang ke,. enjin terbakar ke,. habis minyak ke,. dll,. lepas tu polis tu akan tinggalkan korang macam tu jer, tunggu korang berulat dan berkulat dan dipungut majlis perbandaran keesokan hari atau minggu depannya.

       Kalau korang tunggang Ninja 250 ka, Ninja 650 ka,. ZX 6, ZX10, ZX14,. R1, R6,. tak pa la. boleh lepas punya ujian keseimbangan dan kelajuan (harap maaf, ninja 250r tidak lepas ujian kelajuan kereta peronda biasa kerana stock speed approx: 180 km/h top) Model 650 keatas boleh tunggu Evo 10 polis untuk kejar korang la,. tapi kena beringat, peronda waja biasa tu BUKAN seperti waja biasa yang korang jumpa atas jalan, walaupun waja polis tu bawak macam siput je. korang jangan terkejut bila dia boleh sondol belakang Yamaha RXZ yang tengah laju BANGGA bawak 220km/sejam(merangkap RXZ paling laju dan panas kat malaysia, sebut ja RXZ putih Q**665,. terus semua mat rempit kecut),. pendek kata, depa ni Ashabul kahfi ka,.? bangun-bangun terus nak up semacam? ingat polis tu naik keldai ke?

       Kan,. sudah ,. jauh merayapnya,. masa aku deal ngan bengkel moto tu, tokey kata boleh siap dalam 2 jam,. punyala aku merayap pusing pasar dari pukul 11.00 pagi sampai zohor,. selesai zohor,. aku singgah balik, yelaa da cukup dua jam kan,. Bah,. belum siap,. banyak la alasan sampai tokey dan anak-anak buahnya tergaru-garu kepala masing-masing tanda hairan bin ajaib sebab moto aku tu katanya wiring pelik sikit. Okeyla aku kasi can kat diaorang,. aku terus pusing pasar, aku rasa macam kat zaman lain plak, teruja ngan dunia yang lama aku da tak singgah, dunia pasar, dunia hujung minggu, gadis-gadis pilihan dan tip-top bagai berkeliaran. ZAp,... Jiwa aku jadi semakin liar,. wah,. Bila agaknya nak kahwin ni kan? Seronok kalau dapat bawa balik awek buat isteri. macam-macam la bayangan lepas tu,. huh dah lama aku tak terfikir pasal kahwin dan awek nih, Sah-sah aku tak dapat lari, macam mana sekalipun aku cuba tak fikir, aku cuba mengelak,. tetap aku inginkan peneman hidup. Satu lagi masalah aku nih, demand tinggi sangat kot, mengade-ngade kan,.hahaha.

                                            Getting mix with the community ,.

                                              ,.. so as the surrounding,. errr,. nature.


   ,.Nothing else to do,. while waiting for my Wave RS110 finalised




,. sharpening and revising my skill,. before they all got tossed in the trash.







   ,. mempersembahkan abang polis yang humble berbasikal bagi memastikan jalan raya di sekitar Brooke Dockyard bebas kesesakan. You all have done a magnificent job,.selain itu diaorang turut menghalau budak- budak yang lepak tak tentu pasal di sekitar waterfront,. Syabas sekali lagi kerana bekerja dan melaksana tanggungjawab dengan adil, kerana mereka dalam perhatian saya pada hari tersebut membuat teguran kepada sesiapa sahaja yang melakukan silap tidak kira bangsa dan agama juga jantina. TERBAEKK!!!


                ,. anda boleh lihat sendiri jalan ini yang kelihatan lengang , lebih lengang berbanding hari bekerja.




                                 ,. sesi lepak ushar awek sambil menahan rasa sahaja,. :)





                              ,. in progress,.












       
        
        
        
       
       Bila kahwin?,. InsyAllah bila Allah temukan yang cantik,. hehe,. yang top,. yang terbaik untuk aku,. aku kahwin leerr,. Yang pasti,. bila beli Ninja 650,.?,. lepas dapat lesen B penuh,. terus serbu Gee Hua Batu Kawa untuk bawa pulang moto idaman buat jadi isteri sementara takda isteri,. tapi kalau aku dah kahwin masa dapat B penuh tu,. maka terpaksalaa si isteri bermadu tanpa menyesal, yelaa sebab masa tido isteri nombor dua tido luar rumah kan? hahaha